Notis Perlindungan Data Peribadi
Pengenalan
Notis Perlindungan Data Peribadi (“Notis”) ini menerangkan bagaimana OFFNIC COFFEE (“OFFNIC” atau “kami”) memproses data anda bermula dari peringkat pengumpulan, penggunaan, perkongsian, pelupusan serta langkah-langkah keselamatan yang kami laksanakan bagi memastikan data peribadi anda dilindungi dengan sewajarnya. OFFNIC komited untuk memastikan data peribadi anda dikendalikan selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).
Pengumpulan Data Peribadi
Kami mengumpul data peribadi anda sepanjang urusan anda dengan OFFNIC yang merangkumi, tetapi tidak terhad kepada, nama, alamat kediaman, alamat e-mel, nombor telefon, kewarganegaraan, tarikh lahir, umur dan jantina (“Data Peribadi”).
Sumber Pengumpulan Data Peribadi
Data Peribadi anda akan dikumpul secara langsung daripada anda melalui kaedah-kaedah berikut:
i. apabila anda mendaftar untuk membeli produk atau perkhidmatan kami atau mendaftarkan minat anda untuk mendapatkan maklumat, perkhidmatan atau kemas kini mengenai produk atau perkhidmatan kami;
ii. melalui penggunaan laman web atau laman rangkaian sosial kami serta penggunaan kuki;
iii. apabila anda mengambil bahagian dalam promosi, pertandingan, acara pemasaran kami atau memberikan maklum balas melalui tinjauan atau soal selidik; dan
iv. berikutan sebarang transaksi, pertanyaan atau komunikasi yang dibuat dengan atau kepada kami.
Tujuan Pengumpulan Data Peribadi
Kami mengumpul Data Peribadi anda untuk berkomunikasi dengan anda mengenai cawangan-cawangan kami, produk sedia ada dan baharu, kemas kini, promosi, bahan pemasaran serta apa-apa tujuan lain yang berkaitan yang akan dimaklumkan kepada anda dari semasa ke semasa. Kami juga akan memproses Data Peribadi anda bagi pelbagai tujuan lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
i. memproses dan memenuhi pesanan pembelian anda bagi produk dan perkhidmatan kami;
ii. mentadbir, menjalankan atau mengurus sebarang pertandingan atau promosi yang anda sertai, termasuk untuk menghubungi dan berkomunikasi dengan anda berhubung dengan pertandingan dan promosi tersebut;
iii. memproses dan memberi maklum balas terhadap permintaan maklumat anda kepada kami;
iv. apa-apa tujuan lain yang kami tentukan secara munasabah dari semasa ke semasa setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.
Pemprosesan Data Peribadi
Kami hanya memproses Data Peribadi anda di dalam Malaysia dan selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).
Penzahiran Data Peribadi
Terdapat keadaan di mana kami dikehendaki untuk menzahirkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga berikut:
i. pihak berkuasa pengawalseliaan dan agensi penguatkuasaan;
ii. mana-mana mahkamah atau mana-mana pihak berkaitan berhubung dengan sebarang tuntutan atau prosiding undang-undang;
iii. individu, syarikat atau organisasi yang bertindak sebagai kontraktor, penyedia perkhidmatan dan perunding profesional kami; dan
iv. syarikat dan organisasi yang membantu kami dalam memproses transaksi dan pembayaran anda.
Langkah Keselamatan
Bagi melindungi Data Peribadi anda, kami mengambil langkah-langkah yang munasabah dan mematuhi amalan serta piawaian industri bagi memastikan Data Peribadi anda dilindungi. Ini termasuk langkah-langkah untuk mengelak Data Peribadi anda daripada hilang, digunakan, diakses, dizahirkan atau diubah suai tanpa kebenaran.
Hak Anda
Anda mempunyai hak untuk meminta akses dan/atau membetulkan Data Peribadi anda dan/atau mengehadkan pemprosesannya pada bila-bila masa selaras dengan undang-undang yang berkenaan. Walau bagaimanapun, kami mempunyai hak untuk menolak atas sebab-sebab yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Anda juga boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan menghubungi kami. Setelah anda memilih untuk menarik balik persetujuan, kami akan menghentikan pemprosesan Data Peribadi anda setakat yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang.
Apabila kami memproses Data Peribadi anda untuk tujuan pemasaran, anda mempunyai hak untuk membantah pemprosesan tersebut pada bila-bila masa. Sekiranya anda membantah pemprosesan untuk tujuan pemasaran, kami tidak akan lagi memproses Data Peribadi anda untuk tujuan tersebut.
Hubungi Kami
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan Data Peribadi anda dan/atau Notis ini atau ingin menggunakan hak anda di bawah Notis ini, sila hubungi kami seperti berikut:
OFFNIC COFFEE SDN. BHD.
C-G-43, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5
Bandar Puchong Jaya
47170 Puchong, Selangor
Email: offnic@airscreamuk.com
Pindaan
Kami berhak untuk meminda, mengemaskini atau mengubah Notis ini pada bila-bila masa mengikut budi bicara kami.